Powered by Nuffnang

Tuesday, December 28, 2010

Cian anak MAMA....

Hmmm... untuk 2-3 hari ni, berkampunglah aku kat Hospital Pantai nie sebab Insyirah tengah malam tadi tiba-tiba je muntah....sampai 4 kali tu....the first two times vomitting tu keluarlah segala isi makanan malam tadi, the next muntah tu dah takde apa lagi dah keluar, lendir aje.... terus aku & hubby bawak gi Hospital....
setakat waktu aku menulis nie dah 3 kali dah dia muntah di Hospital nie....

cian anak mama.... dah lembik badan terpaksa on drip, at her age, dia tak menjerit nangis pun, she's so strong...




mama doakan Insyirah cepat sembuh yea... tak lama lagi nak mula sekolah, mesti dengar cakap doktor, makan ubat & mesti makan....



Rindu keeee?

Chakkkkkk!!!!! Terkejut ek pasal lama tak nampak MAMA Hanim... hehehe, nasib baik kawan2 blog i takde yg kena heart attack kan... sorry le lama nya i sembunyi yea.... hehehhehe...bertapa sat mencari idea... hehehehe.... ape ape pun... Tahun 2010 dahpun nak sampai penghujung, naklah ambil kesempatan ni untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 pada semua.... Apa azam tahun baru? ^_^



Tuesday, November 30, 2010

Selamat Pengantin Baru

Sekarang ni musim cuti sekolah, time ni jugak sibuk orang buat kenduri kahwin, sebab senang nak berkumpul sanak sedara time cuti panjang ni.... time ni jugak mak andam, tukang buat pelamin, tukang pasang kanopi, tukang susun kerusi, tukang jaga PA system, tukang masak / katerer, bisnes kek kahwin, group kompang, group kendarat  dan yang sewaktu dengannya memang bz giler time ni dapat tempahan...masyyuuukkkk!!!!

Di kesempatan ini, buat kaum keluarga dan jugak kawan-kawan termasuk kawan-kawan blogger yang akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ni, MAMA Hanim nak ucapkan Selamat Pengantin Baru, selamat ber'honey-moon', dan selamat menempuh alam berumahtangga, semoga menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah.... Insya Allah...

Lagu ni khas untuk korang yang nak jadi Raja Sehari ye.... ^_^



Sedikit renungan untuk kita semua.....



Akhir sekali, ini doa untuk amalan harian kita.....


Friday, November 26, 2010

Menu Padang Pasir

Yuhuuuuu… 2 – 3 hari ni bz saje…. demam & sakit tekak pun ye, hmmmm… apa lagi telan lah panadol 2 biji every 6 hrs, tuan besar (a.k.a cik abe ^_^) kite pulak minggu nie training kat luar Melaka, rupanya dia kat sana pun demam panas gak….hmmmm, kes berjauhan la nie agaknya…hik hik hik

Errrr.... syok sendiri rupanya aku nie… sebenarnya I nak update je special menu weekend lepas, (basi dah ke story ni?) takpelah, sebab ni kan blog MAMA Hanim yang punya, sesuka hati MAMA Hanim nak letak cerita apelah kan…. (bengang tak korang baca, rasa nak kasi penampar tak?)

Menu nie I cakap special sebab ape tauuu:
(1) adik I yang masak, I tukang bagi moral support…. (kalau I yang masak lagi lah extra special….muahaaahaha)
(2)   bukan menu tempatan tapi menu dari Negara Fadang Fasir la.... dari Negara Jordan tau…. Shebab adik ana yang shorang nie study kat Jordan, sho adik ana nie mahu ‘fer’kenalkanlah makanan dari Negara shana….ini bukan fertama kali dia buat ini masyakan, sebab kami sangat syukalah shelalu request adik ana masyak…banyak syedaplahhh!!! (bunyi arab skit)

Hah, tak mau shakap banyaklah, tengok sajalah…nyam nyam nyam….

Nasi Maqlubah, rempahnya dibeli khas dari Jordan....& sedap jugak layan makanan arab nie

 
nampak tak macam-macam dalam nasi tu, ade kentang, terung, ayam / daging / kambing, bunga kobis, cara letak pun berlapis-lapis....

 
 dimakan bersama 'salatah' - tomato & timun dipotong empat, digaul bersama-sama 'laban' - yogurt masam (takde benda ni takde 'kick' la...)

Lagi satu, Nasi Mandi pun I paling suka…. Tak tau camne orang Arab nie masak, daging / ayam/ kambing dia sedap & leeembut sangat…tak hanyir & masak sampai dalam-dalam.. tak macam kita masak, nak kunyah pun seksa….(kadang-kadang beli nasi beriyani sini, tension tau sebab dalam ayam tu tak masak & merah darah tu ade lagi…. Uggggghghhhhh!!!! nasi beriyani satu je dah berapa, tapi tak puas makan pasal masak tak betol, tension tak?)

Okay, I'll try to post the recipe dalam next entry ok, just stay tuned!!!!

Hmmmm…. Makan Nasi Arab sudah, layan lagu Arab plak….
Special Note to En Abe: Ya Habibi..bila ante mau balik daaaa…. Nanti balik kite layan gelek Arab plak… wakakkakakka...
haa... ada berani? :-P

Sunday, November 21, 2010

Copyright Watermark

One day, a best friend of mine, Mrs Redberry  suggested to me to use watermark images as a copyright to protect my personal photos and images (go and read her blog ok, very interesting one ^_^)

Hmmm.. as a 'freshie' blogger, this is a new thing for me, and I immediately say, "ok, why not…." So after giving me the website, I started to explore and explore and explore.....

And after a successful transaction and tutorial, this is what I got for my new blog….  Jeng! Jeng! Jengggg!!!!!  (p/s: the photos are only for testing purpose..... randomly picked ^_^)

the white font for the darker image


  and..... the black font for the lighter image :-)

Heheheheehe.... thank you to miss eya for her creative design & happy to have online business with u...   am soooo  happy for my achievement...... well, what do u think? ^_^  

Saturday, November 20, 2010

Yuhuuuuuu.....

Pheeewwwiiitttt!!!! I'm back online again.....  

Wow... after spending my one-week-quality time at 'kampung' with my hubby, daughters and in-laws, SERIOUSLY I don't have the chances to surf......how should I express that?  Ok, ok..... I really miss my laptop, I miss my emails, I miss blogging, I miss to write and to share my thoughts. And most importantly, I miss reading your blog so so very much!

Okay u ols, give me time to update myself, and will keep you updated with my next blog!!!! ^_^


 

Saturday, November 13, 2010

'kelik' cuti weiiii...

Baru aje Ambo rasa nak berjinak-jinak dan bermesra-mesra dengan si 'DIA' nie, ade saja halangan… waahhhhh…. Ape yang korang ingat ek? Ingat Ambo ada affair ke? Hahahahaa....takdelah…. Ambo tengah sedih nie… esok kami nak ‘kelik’ Klate, nak bercuti Raya Haji di sane…. seminggu tu di sana, sebab sejak 6 tahun berkelamin nie, tak pernah lah lagi berasa raya di sana, selalu balik Raya Puasa je, Raya Haji kan cuti 1 hari, tu yang tak dapat balik tu… so selalu orang cakap Raya Haji di Pantai Timur lebih meriah, Ambo tok leh imagine camne meriahnya sbb tak pernah ade pengalamankan, nantilah bila Ambo balik dr sana bolehlah share pengalaman.... :-)

Hah… Ambo sedih pasal Ambo nie baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogging (si DIA tu dunia blogging lerrrr....), best plak bile dapat explore benda baru nie… so cuti seminggu nie tak dapeklah Ambo nak ber surfing-surfing…maid Ambo tak bawak plak, sebab Ambo & hubby nak spend time betol-betol & cuti ngan anak-anak.... hahahaha… siaplah nnt, Ambo jadi Tarzan nanti kat sana, dok melayan anak-anak Ambo tu…

Okaylah u ols, Insya Allah pejam celik pejam celik abis seminggu tu, kite jumpa lagi ye, kalau ada kesempatan / masa terluang di sana, Ambo cuba update update kan blog nie…

Akhir sekali, pada sesiapa yang balik kampung macam Ambo nie, Selamat bercuti & Have a safe journey... Buat semua kawan-kawan, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ‘ADHA….   

Renungan Sejenak... ^_^

MENGHAYATI HARI RAYA KORBAN  
oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

 
'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Pada Hari Raya Haji  ramai umat Islam yang berkemampuan menyembelih korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin. Ramai juga umat Islam yang menunaikan Ibadah Haji ke BaitulHaram. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh umat Islam untuk membantu mereka yang susah.



  
Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh umat Islam Insya-Allah akan wujud ketenangan dan kedamaian dalam masyarakat dan akan hapus jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara pemerintah dengan rakyat biasa.
 
Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertolongan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:
 
"Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah".
 
Oleh kerana itu kita perlulah bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengerjakan tanah yang terbiar, menanam tanaman, memelihara haiwan ternakan dan sebagainya, Insya-Allah di suatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.

 Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya: 
 
"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, kerana rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)
 
Sungguh besar manfaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cubaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia ke jalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.

 
Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada pelbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak. 
 
Berbagai-bagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeza dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.
 
Marilah kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Marilah kita memohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala malapetaka mungkin kerana dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja.
 
Amin ya Rabbal Alamin!




Thursday, November 11, 2010

Letusan Gunung Berapi Merapi

 

Sumber: (Harian Online) http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KorbanMerapimeningkatkepada191orang/Article 

2010/11/10

JAKARTA: Gunung Merapi di Indonesia sudah membunuh 191 orang sejak ia meletus hujung bulan lalu dengan lebih 340,000 penduduk kini terpaksa berlindung di khemah sementara.

“Angka korban akibat Merapi sudah mencecah 191 orang. Lebih 340,000 lagi lari meninggalkan rumah masing-masing,” kata seorang pegawai pengurusan bencana Indonesia.
Beliau berkata, peningkatan mendadak daripada 151 mangsa itu adalah kerana anggota penyelamat menemui lebih banyak mayat di Jawa Tengah di mana gunung berapi itu terletak. - AFP 


sebelum meletup, cantik kan?


 
gambar semasa kejadian gunung berapi meletus - diambil pada waktu malam


SubhanaAllah... Allah berkuasa di atas apa yang berada di muka bumi ini...
 
Pengalaman pelajar Malaysia di Yogjakarta yang mengibaratkan keadaan di sana seperti sudah "kiamat".

 




Apabila kejadian Gunung Berapi ini meletus, terus I teringat apalah nasib Ngadinah & keluarganya. Kalau u ols nak tau, dia nie bekas 'maid' I, kerja ngan kitorg hampir 3 tahun 4 bulan... (baru je balik awal bulan 5 aritu)...Banyak sungguh jasa dia pada keluarga kami.... Dah banyak SMS dan telefon kami kirimkan, tapi gagal dihubungi, mungkin communication kat sana dah terputus....

kenang-kenangan Dinah bersama Insyirah


 Insyirah memang manja ngan Dinah, sampai sekarang kalau dia merajuk ngan I, mesti dia cakap "Kakak Dinah tak pernah marah Insyirah tau"...

 Daerah Dina tinggal: WONOSOBO, JAWA TENGAH

Doa kami agar Dinah & keluarga selamat dilindungi & dirahmati Allah s.w.t, sememangnya jasa & pengorbanan Dinah pd keluarga kami tidak dapat kami lupakan, hanya Allah yg bisa membalasnya, Amin....Insya Allah....
 




Sunday, November 7, 2010

Menu Hujung Minggu

Since weekend nie dapat cuti lama sikit ( 3 hari cuti, BESTNYEEEEEE....), teringin la plak nak mengasah bakat terpendam kat dapur... hahhh... fikir punye fikir, apa nak masak nie ye.... last-last ni lah menu yang dapat disediakan.... (Silalah menjamu mata ye....... ^_^)
Air tangan I: Menu Daging Masak Asam (orang Melaka cakap *Lauk Gerang Asam....  Ini memang lauk favourite I kalau u ols nak tau.... :-)

* Gerang Asam tue masakan orang Melaka...selalu orang Melaka buat isinya daging, perut, dan apa-apa jelah yg melibatkan lembu...kuah dia pekat siket.. (tapi family I masak selalunya guna daging batang pinang tu baru best, tak suka letak yang lain, lemak & kolesterol tinggi.... :-) 
Macam Asam Pedas plak, isi dia kita guna ikan..nak plak kalau Asam Pedas Ikan Terubuk, sekali makan, nak lagik......
Conclusion: Beza Gerang Asam dan Asam Pedas : Asam Pedas untuk Ikan whereas Gerang Asam untuk Daging

gambar dari atas, nampak best kan.... hahaha... itu u ols belom rasa lagi, bila rasa, memang terangkat lah!!! (Ini kes angkat diri sendiri ler ni)... tapi serius beb, memang sedap gilerrrr!!!!



okay, yang nie lauk Masak Lemak Jantung Pisang, mak I nye air tangan... pun sedappppp sangat... aritu dah tengok mak masak, nanti bleh try sendiri :-)


Sambal Sotong Campur Petai, hasil air tangan Along I plak, masak sama-sama kat dapur, meriah tuuuu!!!! Yang nie pun best sangat!!!



Air tangan I lagi: Sup Ikan Merah... Khas untuk mak ayah and anak-anak, sebab 1: low cholesterol, high protein menu, 2) Tak pedas, sesuai untuk anak-anak ;-)

Hari tu memang semua puas hati sebab dapat makan sedap, makan lauk-lauk kampung gitu.... hah korang buat apa cuti panjang nie? Story la sikit... Nak jugak tau.... ^_^

Saturday, November 6, 2010

Insyirah's BIG day!!!

Insyirah’s Annual Concert & Prize-Giving Day


TADIKA SRIMAS 14th Annual Children's Convocation, Prize-Giving & Concert Day (31/10/2010 - Sunday, 9 am at Kolej Yayasan Melaka)

It’s her big day that Insyirah and all her friends have been waiting for. For your information, Insyirah is just 4 years old, of course she has not graduated yet, but she did take part in some performances, i.e. volunteer speech & singing, musical band, fancy dress competition and prize-giving ceremony (she got the first student in class for her year-end examination…. Congratulations girl!! Mmmmuaahhhh!!!!)

The mother is also busylahkan preparing her daughter for the big day…. For the fancy dress, we decided to put her on the Arabian costume and I chose “Wassini” song by artists Waheeda…..Nak jadi cerita, a day before the concert, Insyirah suddenly got high fever, mama dia pun samalah risau if she could not make it for 'that' day…. Luckily, after taking PCM syrup, sponging her with water, and ‘jaram’ her with air asam jawa and daun limau (believe it or not, it really works!!!! A relative of mine who have 10 children told my mom that she rarely brought her children to see doctors when they got sick, what she did was always jaram them with daun limau, memang cepat turunlah demam tu….)

Luckily  I managed to teach her some steps before she got sick,  and we (me & hubby) just wish her all the best & no stress!!!

This is before the ceremony, we brought adik together... go go girllll!!!!  


During the competition.....

 
volunteer speech performed by her class (4-year-old)....


 musical club performed by 4 & 5-year-old students...




These are the prizes she won, 5th place in fancy dress competition (hamper), 1st in 4-year old class and 2nd place in hoola-hoop competiton ^_^


We (including adik) enjoyed the concert so much and Insyirah was really really happy after the show.... malam tu flat terus sebab penat sangat, bukan dia je, mama ayah & adik flat sekali..... :-P I hope that by putting this into my blog will help her cherish always THE UNFORGETTABLE DAY....  :-)  


Friday, November 5, 2010

Mommy's Experience....


Okay, kali nie I would like to share a valuable experience with u ols…I’m a mother of two lovely and adorable daughters, which I delivered both of them CAESAREAN…. Alhamdulillah, both the operations worked out wonderfully for me. There is no complications and my beautiful girls were born healthy and happy.


Nur Aisyah Safiyyah... was born on 29/09/2009, 8.32 am, by c-section....
I remembered looking at the clock when they rolled me into the OR and it was 7.45 am, at 8.32 am Nur Aisyah Safiyyah made her way into the world 
^_^

The REAL pain comes once all the narcotics had gone…masa tu memanglah rasa saaaakit sangat… and it’s true kenapa kite selalu diberi nasihat oleh orang2 tua/mak2 that it is not encouraged to do caesarian delivery, but to opt for normal delivery, sbbnya normal delivery: you feel the real pain before and during delivery; meanwhile caesarian: you don’t feel anything until you had given birth… :-)


 
It seems that many people are adamently against the c section and some have had very harrowing experiences with them.  But if you are a first time mom, please don't be terrified of the c section if your OB says that is what would be best for you and your baby. 


I know that there are a lot of negative stories about CAESARIAN.....BUT in my personal opinion, I guess both delivery had the same pain (even though I never tried normal before)... 2 times operation for giving birth and 1 operation (March 2008) - myomectomy* for removing my fibroid (detected during my first pregnancy – year 2005), already made me a confirmed caesarean patient :-)

okay, this photo is courtesy from Dr Hamid Arshat's blog. The size of my fibroid is very similar like this one... Actually my hubby managed to take photo of the fibroid, tapi tak sempat pulak nak uploadkan sebab I had lost my phone... :-(

* Pembedahan Myomectomy
Myomectomy adalah sejenis pembedahan untuk membuang fibroid.Ia dilakukan secara pembedahan biasa di mana hirisan pada bahagian perut bawah lebih kurang lima atau enam inci untuk membolehkan rahim dicapai dan tumbuhan itu dibuang.


I think that your recovery after depends on how your state of mind is going into it.  if you are very against it then you probably will not have a positive experience.  For those mom-to-be, my advice is DO NOT BE AFRAID of what kind of delivery are u going to have, stay relaxed and try to think that your baby is gonna pop out soon…you  & hubby are going to be a mommy and a daddy!!!! What else is so precious than this? ^_^



Monday, October 25, 2010

Kenapa...tak percaya ke?

Yeayyyyy..... 
It’s Saturday, and I really got a BIG BIG project to do…i.e. making CHOCOLATE CHIP COOKIES (aim nak buat macam Famous Amos tu, sbb my favourite....harap-harap menjadi)…. Actually I’ve been thinking of doing this since laaaast Ramadhan, hehehhe…konon2 nak buat stok kuih raya la ni… tapi due to my mom’s big oven suddenly ‘buat hal’…. We only managed to do cornflakes & oat cookies, and the next day, we ran to my Angah’s house to do pineapple tarts, so this chocolate chip thing, had to postpone until the oven is fixed…

Okay, okay cut the crap…..the oven fixed already.....and I got this recipe from my sis-in-law, Amanda…She’s a nice friendly person, and she also ‘gila-gila’ like me too…hihihiihi, that’s why we can be sisters and also friends….  Oooo….besides being a mum with 2 nice boys and 1 superactive girl (that's her secret of losing her weight), she’s also really good in baking cakes and cookies, and she takes orders too… maybe u can find her interesting blog here: http://bakinglab.blogspot.com/

It took about 2 ½ hours for me to complete everything, hmmmm.... takdelah susah pun...(of cozlah I need to let my kids with the father, otherwise it will not be a 2-hour-job) ahaks!! And it turned out nicely,  even my hubby and my eldest daughter, Insyirah loved eating them.....a success for my very first attempt!!! Berjaya berjaya!!!! ^_^

nice one....the taste is juuuussttt like the Famous Amos, but less sweet... Used chocolate chips, raisin', chopped nuts and walnuts cos I love eating them.....

Thank you Manda for sharing this recipe, and also thank you to my hubby for taking care of the girls!!! Happy weekend to u ols!!!

Thursday, October 14, 2010

Tilu 'Ku Bukan Aku'




Really like this song.... sweet je!!! ^_^


Ku Bukan Aku - Tilu


Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu


Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu


(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku


Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul


Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu


(ulang korus 2x)

Saturday, October 9, 2010

At Last!!!!

Alhamdulillah..... and at last, WELCOME to my very own blog, impressed tak? Hihihihi... pweeehhhh.... do you know that I really wanted to have one? But it takes years for me to finally, damn....just do it Hanim!!! Please stay focus, boleh tak!!!! "Huhuhuhu... I'm not good at this, I don't know how to start, how ah?" "Aaahhhh.... bukak skit dah pening, I'd better just update my Facebook, read my emails, watch music video at Youtube, orait la tu kan?" "Otherwise, have the latest news at Metro Online, takpun gossip gossip kat murai.com , ok tak....? janji tak out-dated....hihihihi".
But...... I still feel that I'm missing something, yeah... I like to read and write, I like to read blogs, there are a lot of things that we can share with our friends and those outside there, just name it....life experiences, recipes, children, husbands, vacation,  political news, everythinggg..... somehow, that makes me feel closer to them even though we are 24/7 busy with the office work and housework etc.
And I guess my blog will not be focusing on just one thing, I will just write whatever I want to write, whatever that pops out from my mind, just stay there!!!
Have a great day and  have a nice weekend u ols.... :-)