Powered by Nuffnang

Thursday, November 11, 2010

Letusan Gunung Berapi Merapi

 

Sumber: (Harian Online) http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KorbanMerapimeningkatkepada191orang/Article 

2010/11/10

JAKARTA: Gunung Merapi di Indonesia sudah membunuh 191 orang sejak ia meletus hujung bulan lalu dengan lebih 340,000 penduduk kini terpaksa berlindung di khemah sementara.

“Angka korban akibat Merapi sudah mencecah 191 orang. Lebih 340,000 lagi lari meninggalkan rumah masing-masing,” kata seorang pegawai pengurusan bencana Indonesia.
Beliau berkata, peningkatan mendadak daripada 151 mangsa itu adalah kerana anggota penyelamat menemui lebih banyak mayat di Jawa Tengah di mana gunung berapi itu terletak. - AFP 


sebelum meletup, cantik kan?


 
gambar semasa kejadian gunung berapi meletus - diambil pada waktu malam


SubhanaAllah... Allah berkuasa di atas apa yang berada di muka bumi ini...
 
Pengalaman pelajar Malaysia di Yogjakarta yang mengibaratkan keadaan di sana seperti sudah "kiamat".

 




Apabila kejadian Gunung Berapi ini meletus, terus I teringat apalah nasib Ngadinah & keluarganya. Kalau u ols nak tau, dia nie bekas 'maid' I, kerja ngan kitorg hampir 3 tahun 4 bulan... (baru je balik awal bulan 5 aritu)...Banyak sungguh jasa dia pada keluarga kami.... Dah banyak SMS dan telefon kami kirimkan, tapi gagal dihubungi, mungkin communication kat sana dah terputus....

kenang-kenangan Dinah bersama Insyirah


 Insyirah memang manja ngan Dinah, sampai sekarang kalau dia merajuk ngan I, mesti dia cakap "Kakak Dinah tak pernah marah Insyirah tau"...

 Daerah Dina tinggal: WONOSOBO, JAWA TENGAH

Doa kami agar Dinah & keluarga selamat dilindungi & dirahmati Allah s.w.t, sememangnya jasa & pengorbanan Dinah pd keluarga kami tidak dapat kami lupakan, hanya Allah yg bisa membalasnya, Amin....Insya Allah....
 




2 comments:

  1. Sedihnye aku baca entry ko ni, nim. First sebab Merapi tu... takut betul. Second pasal Dinah. Wonder jugak kan camna dia n family. Dia mmg kat area Merapi ke?

    ReplyDelete
  2. kalau ko tengok peta tu, Wonosobo tu dkt gak ngan Jogjakarta... kwn mak aku baru balik dr Jakarta Isnin lepas cakap kat Jakarta debu dari gunung berapi tu pun bleh sampai, ni kan pulak dkt camtu... harap2 dia & keluarga selamat, Insya Allah...

    ReplyDelete